Baru-baru ini kecoh Cytro Perikatan Nasional menjadikan isu mata YAB Dato’ Seri Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri selepas pembedahan mata dengan ciapan berbunyi “Kesayangan Anwar Ibrahim kini telah menjadi PRETTY BOY”
Ia telah dimainkan di laman sosial tanpa sedikit pun rasa bersalah dan simpati kepada kesihatan mata TPM.
Penjelasan daripada anak sulung Ahmad Zahid iaitu Datuk Nurulhidayah mungkin tidak dapat memuaskan hati semua pihak namun setidaknya meredakan keadaan mengenai isu itu bahawa mata lebam dan bengkak adalah kesan selepas menjalani pembedahan mata.
Menerusi ruangan komen di laman Instagram, dia mendedahkan bapanya terpaksa melakukan pembedahan kerana saraf pada bahagian mata tidak berfungsi.
“Iya saraf mata dia tak berfungsi.. Itu mata dia jadi jatuh.
Jelasnya, pemimpin itu sedang dalam proses pemulihan daripada pembedahan itu.
Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dilaporkan bercuti selama dua minggu. Cuti Zahid itu juga dijadikan isu oleh para penyokong PN.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kemudiannya membuat ‘kemunculan’ dengan berkaca mata hitam ketika merasmikan Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBINAA) Asia Pasifik ke-23 di ibu negara pada 26 Jun lalu.
Beberapa hari selepas itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tidak lagi mengenakan kaca mata, dan menampakkan keadaan matanya yang lebam. Penjelasan cuti kerana pembedahan mata itu juga dijadikan isu oleh pembangkang.
Penjelasan pakar
Menurut penjelasan dari pakar kesihatan ia disebut kelopak mata terkulai atau eyelid.
Apakah masalah yang disebabkan oleh kelopak mata yang terkulai?
Sesetengah keadaan, seperti kelopak mata terkulai, secara beransur-ansur boleh mengganggu penglihatan seseorang.
Kelopak mata yang terkulai bukan sahaja membuatkan seseorang kelihatan sedih atau letih, ia juga boleh mengehadkan bidang penglihatan anda.
Terdapat dua keadaan mata yang boleh menyebabkan kelopak mata anda terkulai dan mengurangkan penglihatan anda: dermatochalasis dan ptosis. Maklumat ini boleh dibaca di pautan ini.
BACA – How do you treat a droopy eyelid?
Bagi Zahid pembedahan itu perlu dibuat memandangkan beliau perlu bekerja, membaca dan meneruskan rutin hariannya solat berjemaah ke masjid selain memandu sendiri masa lapang. Masalah kelopak mata terkulai atau eyelid telah menjejaskan penglihatan matanya.
Justeru tindakan pihak pro Pembangkang menjadikannya sebagai isu mengejek YAB TPM Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah tidak wajar sekali.
Ia rawatan yang bukan untuk kecantikan tetapi satu keperluan demi memastikan penglihatan yang lebih baik diperolehi selepas proses pembedahan dijalankan.